Kisah benar ini berlaku di Pahang,berlaku ketika malam majlis kenduri kawin disebuah kampung di sekitar daerah Raub,nama kampungnye terpakselah koi rahsiakan.
Seperti biasa setiap kali ade majlis perkahwinan,orang kampung akan bergotong royong pada sebelah malamnye,maklum la esok keluarge sebelah perempuan bakal menyambut menantu baru.Lembu dah siap dilapoh,kerja-kerja memasak sedang rancak dijalankan.Suasana riuh rendah dgn teriakan dan hilai tawa bebudok.
Lebih kurang pukul sepuluh malam,kelihatan tuan rumoh sedang sibuk mengarahkan anak buahnye menyediakan hidangan utk org kampung yg bergotong royong,koi masih ingat lagi ade dua bangsal tersedia lengkap dengan meja dan kerusi rembat yg memanjang,khas utk tetamu datang menjamu selera.Masa tu hidangan BUFFET ni belum popular lagi,masih menggunakan sistem hidang menghidang.
Tiba-tiba bau harum menusuk kelubang hidung orang ramai dan datanglah satu rombongan lelaki dan perempuan yg tak tau dari mana datangnye,mereka ni orang melayu jika kita lihat dari penampilan dan raut wajahnye.Cume yg menjadi tanda tanye dari mana datangnye rombongan misteri itu,rombongan mereka juge terdiri dari anak-anak muda lelaki dan perempuan.Yg lelaki akan duduk makan dibangsal manakala yg perempuan pulok masuk kerumah.YG aneh mereka ni tak berkata-kata cume tersenyum sahaja,orang kampung yg memang tak kenal seorangpun dalam rombongan tersebut buat dek je lah.
Mereka datang semata-mata utk makan,satu bangsal dipenuhi oleh rombongan misteri itu.Ade jugek org kampung yg tertanye-tanye tentang identiti mereka,yg pelik seorang pun org kampung tak mengenali mereka.Yg perempuan bertudung litup dan berbaju kurung hijau berbunga-bunga manakala yg lelaki bersongkok kemas.Yang pasti mereka ini bukannye dari rombongan sebelah pegantin lelaki kerana rombongan pengantin lelaki dijadualkan sampai pada esok hari iaitu pada majlis akad nikah.
Didalam ramai-ramai yg tertanye-tanye ttg kehadiran rombongan yg tak diundang itu,yg paling heran sekali ialah tuan rumah.Mustahil dia sendiri tak mengenali orang yg dia jemput utk datang ke kenduri kahwin anaknye.Namun dalam kesibukan melayan tetamu,kemusyikilan tu di biarkan berlalu.
Beberapa hari kemudian,setelah selesai majlis kenduri kahwin persoalan mengenai rombongan tersebut mule datang menerjah.Ternyata seorang pun tak tahu menahu dari mana datangnye rombongan tersebut kecuali Pak Imam Masjid kampung,katanye rombongan yg datang pada malam tersebut bukannye dari jenis KITA.
WAlau camne sekalipun koi tetap bersyukur ke hadrat Allah kerana majlis pernikahan koi dan isteri koi berjalan dengan lancar sekali tanpa sebarang masalah,yg misteri biarkanlah terus menjadi misteri..mungkin ade sesetengah perkkara lebih baik menjadi misteri je..
KE GONE WEH?
Wahh sudah lame tak update blog . huhu ;)
1 year ago





0 comments:
Post a Comment